KONSERT ADAM LAMBERT DI BUKIT JALIL…


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..

Marilah kita mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat lagi kita menghirup udara segar di muka bumi Allah S.W.T ini dan juga dapat lagi meneruskan pengibadatan kita kepadaNya selaku hamba yang dhaif lagi hina ini. Memang itulah kewajipan kita iaitu melaksanakan tanggungjawab kita kepadaNya dengan mengabdikan diri padaNya tetapi tidak lupa juga kita sebagai Khalifah di muka ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menegakkan agama Allah yang mulia ini. Tiada agama yang lebih tinggi darjatnya melainkan Islam. Kita juga perlu mengucapkan syukur kepadaNya kerana menganugerahkan kepada kita 2 nikmat paling besar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.

Untuk sesi kali ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian satu program bagi saya adalah menjadi tanggungjawab kita selaku muslim untuk mengajak manusia kembali kepada Allah dan tinggalkan perkara maksiat yang berlaku di sekeliling kita. Program ini di bawah DEWAN PEMUDA PAS PUSAT di bawah kepimpinan Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi bersama dengan GABUNGAN MAHASISWA SEMENANJUNG MALAYSIA (GAMIS) membantah konsert ADAM LAMBERT yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, 14/10/2010 selepas maghrib. Sebelum saya menceritakan lebih lanjut bagaimana program ini berjalan, saya ingin menceritakan sedikit siapakah ADAM LAMBERT dan mengapa program bantahan di bawah DPPP ini diadakan semasa program ini berlangsung. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, ADAM LAMBERT adalah salah seorang peserta AMERICAN IDOL, seorang artis barat yang mengamalkan homoseksual. Dia sendiri mengaku yang dia adalah seorang GAY dan pernah melakukan aksi GAYnya di pentas konsertmya di barat. Orang barat sendiri pernah membatalkan konsert ADAM LAMBERT ini kerana mengamalkan homoseksual dan cuba hendak menyebarkan budaya yang BODOH dan JIJIK ini. ADAM LAMBERT datang ke bumi MALAYSIA ini untuk membuat konsert serta menunjukkan aksi GAYnya di depan peminat-peminatnya dan cuba sebarkan budaya yang sangat JIJIK.

Oleh kerana itu, DPPP membuat langkah terakhir iaitu mengadakan bantahan pada hari yang sama konsert ADAM LAMBERT itu diadakan. Program di bawah DPPP ini berjalan selepas maghrib setelah kami semua menunaikan solat maghrib berjemaah dan solat hajat berjemaah. Solat hajat berjemaah diimamkan oleh Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Saya pada ketika itu memohon kekuatan pada Allah S.W.T kerana inilah kali pertama saya turun melakukan kerja dakwah ini yang mungkin barangkali menghadapi sebarang provokasi yang cuba merosakkan program ini.

Setelah menunaikan solat hajat, kami diberi taklimat oleh Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi pergerakan program dan wakil GAMIS juga ada memberi kata-kata semangat kepada kami untuk meneruskan kerja-kerja dakwah ini. Selepas itu, maka bergeraklah kami menuju ke stadium untuk mengedarkan risalah dan menunjukkan poster bantahan kami. Sedang kami menuju ke sana kami ditahan oleh FRU, bukan KRU ye..huhu. Mereka meminta supaya tidak mengadakan provokasi di tempat tersebut. Oleh demikian, YB Nasir kalau tak silap saya membuat pembahagian kumpulan iaitu 1 kumpulan yang pegang poster dan satu lagi yang mengedarkan risalah. Kumpulan yang mengedarkan risalah sahaja yang dibenarkan masuk dan yang lain tunggu di luar. Saya termasuk kumpulan yang mengedarkan risalah masuk ke kawasan luar stadium dan mengedarkan risalah. Adat dalam berdakwah ada manusia tidak mengendahkan apa yang kami cuba sampaikan. Ada pula yang sekadar ambil tetapi dibuangkan sahaja risalah yang kami edarkan. Yang syoknya pula ada sesi ambil gambar lak untuk kumpulan kami ini bersama DPPP.

Kemudian, selepas mengedarkan risalah yang tak habis tu, kami pergi ke kumpulan di luar dan mendengar ucapan-ucapan daripada DPPP. Yang saya ingat sekali daripada 2 orang daripada DPPP iaitu Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi dan YB Firdaus. Ustaz Nasaruddin mengatakan Islam tidak menghalang untuk berhibur akan tetapi Islam menghalang hiburan liar, hiburan yang melalaikan yang mana boleh merosakkan pemuda-pemuda harapan bangsa ini. Malah kata beliau, Adam Lambert merupakan artis GAY yang cuba membawa budaya homoseksual ke negara kita ini yang mana budaya ini ialah budaya yang berlawanan dengan adab ketimuran bahkan bukan itu sahaja melanggar fitrah manusia itu sendiri. YB Firdaus pula mengatakan kerajaan perlu berfikir kembali adakah kita perlukan konsert sedemikian rupa yang boleh merosakkan pemuda-pemuda kita malah isu-isu sosial seperti buang bayi, zina dan sebagainya tidak selesai lagi malah makin berleluasa pada mutakhir ini. Ini sahaja yang saya sempat dengar dari ucapan-ucapan dari pimpinan DPPP.

Kemudian wakil GAMIS mengumumkan bahawa mereka akan menghantar 5 wakil daripada GAMIS untuk menjadi pemerhati apa yang berlaku di dalam konsert tersebut dan meminta sahabat mahasiswa menunggu untuk mendapat makluman selanjutnya. Saya pun menunggu sambil berborak dengan Syahir, Hadi dan Taufiq. Puas menunggu dan akhirnya keluarlah 5 wakil GAMIS tersebut dan mereka memberi komen tentang situasi yang berlaku di dalam konsert tersebut. Secara rumusan daripada komen-komen mereka ialah konsert yang sedang berlaku tadi sangat dahsyat dan berlawanan dengan fitrah manusia. Adakah Malaysia ingin menjadi LAS VEGAS yang kedua?? Di manakah peranan JAKIM dlam hal ini?? Adakah ingin membiarkan pemuda-pemuda sekarang yang sepatutnnya bakal memimpin Negara rosak kerana perkara maksiat ini berlaku?? Banyak persoalan yang mereka timbulkan kerana apa yang mereka melihat sangat dahsyat. Salah seorang daripada mereka mengambil gambar-gambar suasana yang berlaku di dalam konsert tersebut dan akan mengambil langkah seterusnya.

Program bantahan ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Mereka akan salurkan kepada pihak yang bertanggungjawab tentang masalah-masalah ini dan ingin melihat tindakan segera daripada mereka. Kita tidak mahu rakyat kita terlibat dengan budaya songsang yang boleh merosakkan pemuda-pemuda kita. Bukan itu sahaja kita tidak mahu Islam dirogol-rogol begitu sahaja kerana membiarkan kegiatan maksiat ini berlaku. Kita tidak mahu perkara-perkara maksiat berlaku berleluasa tanpa sebarang bantahan atau halangan daripada orang Islam sendiri terutama kerajaan yang majoritinya Islam. Kita tidak mahu negara kita negara yang mengamalkan budaya songsang ini dan kita tidak mahu mahasiswa kita terlibat dalam gejala buruk ini. Kita mahukan mahasiswa yang berani mengatakan kebenaran, membantah perkara-perkara maksiat yang berlaku di sekeliling mereka. Kita mahukan mahasiswa yang memahami Islam sebagai cara hidup dan perkara inilah yang kerajaan perlu mengambil berat dan memikirkan cara-cara untuk rakyat memahami Islam adalah cara hidup yang sebenar.

Selepas mendengar komen-komen mereka, kami pun bersurai. Saya merasakan beruntungnya saya berada dalam program ini kerana ia menguatkan saya untuk berdakwah di dalam masyarakat. Oleh yang demikian, marilah sahabat-sahabat kita bersama-sama berganding bahu melaksanakan tanggungjawab kita untuk berdakwah, mengajak kembali kepada Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Moga-moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

Sekadar ini sahaja perkongsian saya bersama sahabat-sahabat sekalian. Moga-moga sahabat-sahabat mendapat menfaat darinya. Sekian..السلام عليكم

0 comments:

Post a Comment