Ummul Quran Al-Fatihah...

Alhamdulillah...Segala pujian bg Allah S.W.T kerana dengan izin Allah S.W.T dapat lagi kite hidup di muka bumiNya untuk kite same2 melaksanakan perintah Allah S.W.T serta mentadbir bumiNya dengan Islam...pada hari yg mulia ini ingin saya berkongsi tajuk yang bagi kite agak simple tapi memberi kesan yang mendalam bagi kite umat Islam,umat Nabi Muhammad S.A.W.

Apa yang kite tahu mengenai Al-Fatihah?Ye..ia merupakan surah pertama yang berada di permulaan Al-Quran..Ape lagi ye...Ehm,name lain baginye juga ialah ummul quran,ummul kitab, dan lain2 lagi...Sebagaimana kite tahu bahawa membaca Al-Fatihah adalah merupakan salah satu rukun dalam solat fardhu lima waktu sehari semalam..Nabi S.A.W. pernah bersabda "Tidak sah solat bagi yang tidak membaca Al-Fatihah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Hal ini jelas menunjukkan pada kite bahawa ada maksud tersirat dalam sirah ini. Pada hakikatnya ketika mana kite membaca Al-Fatihah dalam solat kite sedang berkomunikasi pada Rabbul Jalil..

Rasulullah S.A.W meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud "Aku bahagikan solat antaraku dan hambaku kepada separuh, dan bagi hamba-Ku apa yang dipintanya..."

Hamba : Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
Khaliq : Hamba-Ku telah mengingat-Ku
Hamba : Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Khaliq : Hamba-Ku telah memuji-Ku
Hamba : Yang menguasai hari pembalasan
Khaliq : Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku
Hamba : Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya engkaulah yang kami meminta
pertolongan
Khaliq : Hamba-Ku telah memuliakan-Ku
Hamba : Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Khaliq : Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta
Hamba : (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
Khaliq : Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta

(Hadis riwayat Muslim, At-Tirmizi, dan An-Nasai)

Jadi, marilah kite bersama-sama hayati bacaan Al-Fatihah samada dalam solat kite ataupun luar solat..Moga2 dapat kite meningkatkan keimanan kite kepada Allah S.W.T, Tuhan kite...

Wallahua'lam....