MERINDUI & MENCINTAINYA...

Alhamdulillah, dapat lagi kite menghirup nafas segar di bumi ini yang bukan milik kite tetapi milik Allah sepenuhnya. Dia mengizinkan kite bergerak bebas di bumiNya asalkan tidak melanggar batas-batas syara' yang telah ditetapkan. Kite pula tidak lupa akan tanggungjawab kite sebagai hamba Allah iaitu mengabdikan diri kepadaNya seratus peratus dan juga mentadbir bumiNya dengan Islam sebagai panduan pentadbiran kite.

Tajuk kali ini bagi saye cukup menyentuh hati saye. Sebab apa saye ,memilih tajuk seperti ini??? Tidak lain adalah untuk kite same- same menanamkan rindu kite, cinte kite kepada Allah S.W.T, tuhan sekalian alam, yang mencipta kite, yang memberi rezeki kepada kite, tempat kite meminta pertolongan dan segala-galanya. Kite melihat masyarakat kite begitu lalai dengan kehidupan yang hanya sementara sahaja sedangkan akhirat itu yang kekal abadi. Saye merasakan diri ini juga lalai dengan kehidupan dunia. Kadang-kadang ingat Allah tetapi kadang-kadang melupakanNya sedangkan kite sebagai hambaNya tidak boleh melupakanNya walaupun sesaat kerana Dia adalah Tuan kite. Kite ini adalah milikNya seratus peratus. Mengapa kite sanggup melakukan maksiat pada barang yang diberi pinjam oleh Allah sedangkan kite ini peminjam. bukan pemilik badan ini. Mengapa kite merasa senang dengan dosa yang kite lakukan sedangkan kite tahu azabnya sangat pedih di akhirat sane.
Adakah kite boleh hidup senang lenang di atas bumi yang bukan milik kite dengan maksiat yang kite lakukan..bak kate ulama sufi yang terkenal Ibrahim bin Adham, jika hendak melakukan maksiat, carilah tempat yang bukan milik Allah, jangan makan rezeki yang Allah berikan dan ade lagi beberapa point penting yang disebutkan oleh ulama sufi ini. Kalau kite melihat point-point tadi adakah kite boleh cari segala perkara yang bukan milik Allah???

Marilah kite same-same muhasabah diri kite sejauh mane maksiat yang kite lakukan padaNya...jom kite minta ampun kepada Allah S.W.T. Moga-moga Allah ampunkan dosa kite ini dan marilah kite rindu Allah sedalam-dalamnya, bile kite rindu Allah, insyaAllah kite akan terhindar dari dosa-dosa kerana kite sentiasa mengingati Allah, tuan kite ini.

Rinduilah Dia kerana Dia adalah Tuhan kite, Dialah Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hambaNya..Cintailah Dia kerana cinta kepadaNya adalah cinta yang hakiki

Marilah kite menjadi Pendamba CintaNya kerana cintaNya tidak pernah menyakitkan hati kekasihNya malah diberi segala apa yang kite mahu..Ya Allah...Ku Dambakan CintaMu...

TAFSIR AL-HUJURAT ( PART 2 )


الحمدلله...

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnianya dapat lagi kite bersame-same berkongsi sedikit ilmu di dalam blog ini moga2 mendapat manfaat bersama, InsyaAllah..Pada beberapa hari yg lepas kalu xsilap saya kite telah membincangkan tentang gambaran awal yang kite akan ceritekan serba sedikit tafsiran surah ini. Kali ini kite akan berbincang bersama tafsiran surah al-hujurat daripada ayat 1-5. Moga-moga kite mendapat sedikit manfaat daripadanya, insyaAllah…

يأيها الذين ءامنوا لا تقدموا بين يدى الله ورسوله واتقواالله إن الله سميع عليم

1. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memutuskan sesuatu perkara di hadapan Allah dan RasulNya (dari apa yang diputuskan oleh Allah dan RasulNya) dan bertakwalah kamu semua kepada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Allah S.W.T telah berfirman dalam ayat ini bahawa sebagai orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya hendaklah taat kepadaNya dan utusanNya. Janganlah sesekali melanggar atau mendahului hukum-hukum Allah dan sabda junjungan besar kite Nabi Muhammad S.A.W yang merangkumi urusan dunia dan agama. Rasulullah telah berpesan supaya taat segala perintah Allah S.W.T kerana Dialah yang layak disembah dan Dialah yang sepatutnya kite mengabdikan diri kepadaNya seluruh jiwa raga kite.

Terdapat banyak sebab nuzul ayat ini dan antaranya ialah yang diriwayatkan oleh Abi Malikah, menurut Abdullah b. Zubir iaitu terdapat satu rombangan yang datang untuk menemui Rasulullah S.A.W. Rombongan tersebut dari kalangan Bani Tamim. Belum sempat baginda Rasulullah keluar untuk menemui mereka, telah berlaku pertelingkahan antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar mengenai pelantikan ketua di kalangan Bani Tamim yang baru sahaja masuk Islam. Saidina Abu Bakar mencadangkan supaya melantik Al-Qaqqaq bin Mukbid tapi Saidina Umar mencadangkan Al-Qaraq bin Jabas sebagai ketua. Perselisihan ini menyebabkan suara mereka terangkat tinggi tanpa mereka sedari. Oleh kerana itu Allah menurunkan ayat ini bahawa janganlah mendahului allah dan RasulNya dalam membuat sebarang keputusan.

Terdapat dalam satu kisah di mana Rasulullah pada ketika itu sangat uzur dan meminta Saidina Abu Bakar untuk menjadi imam solat, sabdanya:

مروا أبا بكر فليصل بالناس

Maksdunya: suruhlah Abu Bakar menjadi imam untuk bersolat kepada orang ramai.

Maka Saidatina Aisyah berkata kepada kepada Habsyah:

قولي له إن أبا بكر رجل أسيف وإنه متى يقم مقامك لا يسمع الناس من البكاء، فمر عمر فليصل بالناس

Maksudnya: “katakanlah kepada Rasulullah S.A.W, sesungguhnya Abu Bakar seorang yang amat mudah bersedih apabila membaca Al-Quran, sekiranya dia menangis dalam solat, dia tidak boleh memperdengarkan bacaan Al-Quran itu kepada orang ramai yang bersolat di belakangnya”, lalu saidatina Aisyah mencadangkan supaya Umar yang menjadi imam untuk solat.

Maka mereka pergi bertemu dengan Rasulullah dan Rasulullah S.A.W bersabda:

إنكن لأنتن صواحب يوسف، مروا ابا بكر فليصل بالناس

Maksudnya: “sesungguhnya kamu wahai perempuan sama seperti dengan perempuan-perempuan yang telah memfitnah Nabi Yusuf as, suruhlah abu Bakar menjadi imam kepada orang ramai.”

Daripada peristiwa-peristiwa ini dapat kite simpulkan bahawa kite tidak boleh sesekali melanggar perintah Allah dan Rasul kite. Kite lihat bagaimana 2 kisah ini bukanlah orang-orang biasa yang mendahului Allah dan RasulNya, iaitu Abu Bakar, Umar dan isteri Rasulullah sendiri yang melakukan sedemikian. Mereka bukanlah sengaja melakukan perkara sedemikian dan bila mana turunnya ayat ini, mereka akur dengan perintah Allah tuhan semesta alam dan junjungan mulia Muhammad S.A.W.

Tetapi dunia sekarang bukan setakat melanggar perintah Allah, malah dihina segala suruhan Allah dan mempertikaikan hukum-hukum yang telah disyariatkan kepada kite. Kite melihat bagaimana satu golongan yang mempertikaikan hukum hudud dan mengatakan bahawa hudud adalah hukuman yang lapuk, yang ketinggalan zaman. Jelas ini membuktikan bukan sahaja melanggar perintahNya malah dihina dan mempersendakan hukum-hukum yang telah diturunkan kepada kite. Allah telah berfirman bahawa JANGAN MENDAHULUI ALLAH DAN RASULNYA, ayat ini jelas menunjukkan bahawa melanggar perintahNya pun tidak boleh, dilarang oleh Islam apatah lagi kite menghina hukum-hukum Allah. Siapalah kite untuk menghina hukum-hukum yang memang cukup sempurna bagi manusia. Yang mana hukum-hukum memang bersesuaian sepanjang zaman. Hendaklah kite patuh dan taat akan segala perintah Allah dan janganlah kite termasuk dalam golongan yang melnggar perintah Allah malah mempersendakan agama kite yang tercinta ini. Ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Allah mengetahui segala yang kite ungkapkan, segala yang kite buat sama ada kite menghina hukumNya, melanggar arahanNya, melaksanakan perintahNya. Kite tidak boleh lari daripadaNya kerana Dia mengetahui segala apa yang manusia lakukan di atas muka bumiNya.

Allah berfirman lagi:

يأيها الذين ءامنوا لا ترفعوا أصوتكم فوق صوت النبي ولا تجهروا له بالقول كجهر بعضكم لبعض أن تحبط أعملكم وأنتم لا تشعرون

2. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap Dengan setengahnya Yang lain. (larangan Yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

Sebab nuzul ayat ini adalah salah satu peristiwa yang berlaku perselisihan pendapat antara Abu Bakar dan Umar yang telah saya ceritakan tadi. Selepas turunnya ayat ini, merekaa berasa bersalah dan menggunakan suara yang sangat lembut dan perlahan.

Sesetengah ulama’ pula member pendapat bahawa yang mengangkat suara tinggi ialah daripada kabilah yang datang itu sendiri (Bani Tamim) kerana itulah cara mereka. Bergaul secara kasar sesame sendiri dan meninggikan suara sesame mereka walaupun Rasulullah ada bersama mereka.

Ini adalah antara perangai orab arab badwi yang suka memuji kabilah mereka sendiri dan mengatakan kabilah mereka lebih baik daripada kabilah yang lain. Al-Aqraq bin Jabas bersyair memuji kabilah mereka dengan syairnya. Setelah itu, syair mereka di jawab oleh penyair Rasulullah Hassan bin Thabit yang berbunyi:

بنى دارم لا تفخروا إن فخركم يعود وبالا عند ذكر المكارم هبلتم علينا تفخرون وأنتم لنا حول من بين ظئر وخادم

Maksudnya: “Bani Daram, janganlah kamu bermegah, sesungguhnya kemegahan kamu akan bertukar menjadi kehinaan ketika mana mengingati akan kemuliaan yang sebenar. Kamu ketika menyebut alangkah tahunya kamu akan hal kami, kamu bermegah sedangkan kamu adalah hamba-hamba sahaya kami di antara pemberi belas kasihan dan pemberi khidmat bakti.”

Apabila Bani Tamim mendengar syair Hassan bin Thabit, mereka lalu berkata:

خطيبهم أخطب من خطيبنا وشاعرهم أشعر من شاعرنا

Maksudnya: “Ahli pidato mereka lebih handal dari ahli pidato kia, dan penyair mereka lebih handal dari penyair kita.”

Mereka bercakap dalam keadaan nada suara yang kuat. Oleh kerana itu, Allah menurunkan ayat ini supaya jangan meninggikan suara lebih daripada suara nabi. Allah mengajar kita supaya beradab dengan KEKASIHNYA yang dicintai. Dan ingatlah bukan ketika Rasulullah hidup sahaja kita perlu menjaga adab terutama tidak meninggikan suara, baginda wafat pun perlu kita menjaga adab kita dengan baginda malah larangan mengangkat suara pun perlu dilakukan apabila kita mendengar hadis-hadis nabi dibacakan oleh sesiapa sekalipun. Sebagaimana kita disuruh diam ketika mendengar bacaan Al-Quran, seperti itu jugalah kite dilarang meninggikan suara ketika hadis-hadis nabi dibacakan serta tidak berpaling kerana sabda baginda itu juga datang daripada Allah S.W.T.

Seandainya kita melanggar larangan ini, akibatnya hilanglah amalan atau tidak diterima kita kerana kita tidak berakhlak dengan Allah dan KEKASIHNYA.

Seterusnya Allah berfirman dalam ayat yang seterusnya:

إن الذين يغضون أصوتهم عند رسول الله أولئك الذين امتحن الله قلوبهم للتقوى لهم مغفرة وأجر عظيم

3. Sesungguhnya orang-orang Yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), - merekalah orang-orang Yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala Yang besar.

Ayat ini menunjukkan bahawa bagi orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah, mereka akan diberi ujian oleh Allah taala untuk melengkapkan diri mereka dengan sifat taqwa. Seperti mana Abu Bakar apabila beliau mendengar firman Allah supaya jangan meninggikan suara, beliau berkata:

والله لا أرفع صوتي إلا كأخى السرار

Maksudnya: “Demi Allah, aku tidak akan meninggikan suara aku melainkan aku bercakap seperti bercakap kepada orang yang hendak diberikan sesuatu rahsia.”

Hebat sifat-sifat sahabat nabi yang begitu taat dan patuh akan perintah Allah S.W.T. Allah memuji mereka dan mereka itulah berjaya dengan ujian Allah kerana mereka bertaqwa kepadaNya. Allah juga menyebut dalam ayat tersebut bahawa mereka telah mendapat keampunan dan mendapat pahala yang besar kerana taat dan patuh denagn perintahNya dan menunjukkan akhlak yang mulia. Adakah kita tidak mahu menjadi salah seorang hamba yang bertaqwa kepada Allah, taat segala perintahNya, menjauhi segala laranganNya? Sedangkan para sahabat yang begitu hebat imannya pun merasakan diri mereka masih lagi jauh dari Allah sedangkan sebagaimana kita tahu amalan mereka cukup hebat di sisi Rasul tercinta dan dipuji oleh Allah atas sikap mereka yang cukup taat akan perintahNya. Kita sebagai hamba Allah, umat Nabi Muhammad di akhir zaman sepatutnya melakukan banyak amal soleh, taat dan patuh segala suruhanNya dan jauhi laranganNya. Moga-moga kite mendapat keampunan daripada Rabbul Jalil.

Seterusnya Allah berfirman lagi dalam ayat seterusnya:

إن الذين ينادونك من وراء الحجرات أكثرهم لا يعقلون

4. Sesungguhnya orang-orang Yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, Wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).

Islam mementingkan adab. Adab menunjukkan sikap atau perangai seseorang itu dalam kehidupan mereka. Allah S.W.T menurunkan ayat ini mengikut riwayat Mujahid dan beberapa orang ulama’ lain atas peristiwa kedatangan orang Badwi Bani Tamim seramai 19 orang dengan bertujuan untuk memeluk Islam dengan menunjukkkan sikap yang kurang baik kepada Rasulullah S.A.W. Apabila mereka sampai di masjid Nabi, mereka memanggil Nabi dengan suara yang kasar dan kuat serta panggilan : “Ya Muhammad, keluarlah, kami datang hendak berjumpa dengan kamu.” Panggilan seperti ini sememangnya tidak layak mereka lakukan terhadap junjungan mulia itu sedangkan mereka sepatutnya memanggil dengan panggilan yang baik dan mulia seperti “ Ya Rasulullah, Ya Nabi Allah” dan sebagainya. Mereka tidak boleh memanggil Nabi seperti mereka memanggil kawan-kawan mereka dengan panggilan yang kurang beradab dan nada yang kuat.

Kebetulan pada ketika itu Rasulullah tengah berehat dan terkejut dengan laungan yang kuat yang ditujukan kepadanya. Sepatutnya waktu tersebut baginda Rasulullah berehat tetapi diganggu dengan laungan tersebut, laungan orang yang tidak memahami adab-adab Islam. Mereka telah menunjukkan akhlak dan sikap yang kurang baik terhadap Rasulullah. Oleh sebab itu, Allah S.W.T menyebut “kebanyakkan mereka itu terdiri ddaripada orang yang tidak mengerti” yang membawa maksud mereka tidak memahami adab-adab dan akhlak-akhlak yang baik dalam Islam terutama dengan baginda Rasulullah S.A.W. Oleh yang demikian, kta sepatutnya mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia serta adab-adab Islam yang baginda telah ajar kepada kita baik sesame manusia dan sesame makhluk Allah di bumi. Malah akhlak dengan baginda pun sepatutnya kita kena jaga walaupun baginda telah wafat sekalipun. Adakah kita hendak menjadi seperti orang Badwi yang terkenal dengan sikap yang kurang baik sedangkan mereka ketika itu tidak memahami lagi tentang Islam. Muhasabahlah diri sahabat-sahabat sekalian…

Ayat seterunya pula:

ولو أنهم صبروا حتى تخرج إليهم لكان خيرا لهم والله غفور رحيم

5. Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga Engkau keluar menemui mereka, tentulah cara Yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ayat ini merujuk kepada orang arab Badwi tersebut jika sekiranya mereka bersabar menunggu baginda yang mulia itu keluar menemui mereka, itulah yang paling baik dan berakhlak sekali. Allah S.W.T boleh melakukan apa-apa sahaja kepada mereka yang tiudak beradab dengan Rasulullah sama ada membisukan mereka serta mendera mereka akan tetapi Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Tujuan terjadi peristiwa ini adalah untuk menjadi pengajaran buat mereka. Belajar daripada kesilapan yang telah mereka lakukan lebih baik kerana atas perkara ini mereka akan lebih mudah ingat untuk tidak mengulanginya sekali lagi. Cara mendidik ini lebih berkesan daripada tidak pernah melakukan kesilapan, seseorang itu akan mudah lupa atas tindakan yang dilakukan.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang kepada hambaNya, Moga-moga kita mendapat banyak pengajaran daripada ayat 1-5 daripada surah al-Hujurat. insyaAllah kita akan berbincang lagi pada sesi yang lain. Sebarkanlah kepada sahabat-sahabat yang lain ye…

السلام عليكم.....

JAUH DI MATA, DEKAT DI HATI


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat lagi menghirup udara yang segar, menjalankan kehidupan sebagai hamba Allah iaitu mengabdikan diri kepada Allah, melakukan amal soleh dan meninggalkan kemaksiatan yang berleluasa. Moga-moga Allah memperkuatkan iman kite untuk menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini.

Tajuk yang begitu menarik untuk diperbincangkan kali ini. Ya..Agak menarik bagi saya. Jauh di mata, dekat di hati merupakan satu peribahasa yang digunakan untuk melambangkan sesuatu benda walaupun jauh dari pandangan matanya tetapi di hati sentiasa mengingatinya, sentiasa menyebutnya, merase dekat dengannya. Apa yang saya ingin bicarakan hari ini ya??? Ehm…mungkin kekasih hati??? Oh…jauh sekali ingin dibincangkan di sini…Keluarge??? Sekarang kat rumah lagi..huhu, so???

SMKA TAHAP, inilah yang saya rindui. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN PAHANG, sebuah sekolah agama di daerah Jerantut yang telah mentarbiah diri ini untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara. Mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Dari form 1 hingga form 5, bermacam-macam kenangan yang ade ligat bermain di fikiran ini. Tidak hairan la daripada tahun 2007 sehingga sekarang saye masih lagi turun ke sekolah, berjumpa dengan adik2, guru2 dan berkongsi pengalaman dengan adik2. Dengan guru2 lak mendengar nasihat mereka walaupun kami bukan bersekolah di situ lagi tetapi semangat untuk memberi nasihat kepada anak muridnya begitu menebal, mereka tidak mahu anak muridnya memilih salah jalan dan akhirnya sesat dan rosaklah masa hadapan.

Ehm…banyak lagi nak kongsi kot tapi lain kali lah ye..huhu, pe2 pn SMKA TAHAP tetap di hati sanubari ini.. JAUH DI MATA, DEKAT DI HATI =)

Ni gambar2 sekolah tercinta…


PEMUTIHAN INTIMA'

Assalamualaikum...hari ini..saya ingin berkongsi sedikit ilmu yg sy dpt semasa menghadiri ijtima' tarbawi di terengganu baru2 ni..input yg saya dpt ini direct daripada ustz Nasrudin bin Hassan at Tantawi...beliau menekankan tentang pemutihan intima'..mengapa kita intima' dalam sesuatu jemaah/parti??
Bagi saya, nilai Intima' kita menentukan keupayaan kita untuk untuk terus bertahan di dalam sesebuah jemaah dan keupayaan kita dalam menghadapi sesuatu masalah yang dihadapi dlm jemaah.
Sedikit input yg ingin saya kongsikan kepada sidang peminat blog sy..hiihi.... ialah jenis2 intima' yg ade...

Antara Intima yang salah

1. Intima' Syakhsi

Intima' Syakhsi ialah penglibatan kerana kita minat pada individu tertentu..sebagai contoh seseorang itu melibatkan dirinya ke dalam jemaah itu kerana terlalu minat pada si A. Kemudian apabila si A meninggalkan jemaah itu..maka dia juga turut mengikut sama jejak langkah si A...

2. Intima' Maslahi

Intima' Maslahi ialah penglibatan kita kerana ingin mencapai sesuatu bersifat peribadi...seseorang itu menjadikan sesebuah jemaah sebagai batu loncatan/stepping stone sahaja..jika apa yang ingin dikecapi oleh individu tersebut tidak tercapai maka tanpa berfikir panjang individu itu terus meninggalkan jemaah yg diintima'kannya itu....

3.Intima' Gharawi

Intima' Gharawi pula ialah penglibatan kerana kecenderungan..sebagai contoh seseorang yg suka memakai kopiah, menyertai sesuatu jemaah kerana kebanyakan ahli itu memakai kopiah....maka dia pun melibatkan dirinya ke dalam jemaah itu...


4.Intima' Irtijal

Intima' Irtijal pula ialah penglibatan seseorang itu kerana mak atau ayahnya melibatkan diri dalam sesebuah jemaah..


dan intima' yg sebetulnya pula ialah Intima' Aqidi...

Intima' Aqidi ialah penglibatan berdasarkan aqidah yg betul dan keyakinan yg mendalam berdasarkan petunjuk Allah SWT.. Apabila apa pun masalah yg berlaku di dalam sesebuah jemaah itu..maka individu itu tidak terus meninggalkan jemaah yg diintima'kannya...Individu inilah yg ingin menegakkan syariah Allah di muka bumi ini..dan yg ingin mendaulahkan negara kita dimuka bumi ini...


Intima' yg manakah kita?? marilah kita bersama2 melakukan pemutihan intima'..

copy right from layyin al-Harir

KONSERT ADAM LAMBERT DI BUKIT JALIL…


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..

Marilah kita mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat lagi kita menghirup udara segar di muka bumi Allah S.W.T ini dan juga dapat lagi meneruskan pengibadatan kita kepadaNya selaku hamba yang dhaif lagi hina ini. Memang itulah kewajipan kita iaitu melaksanakan tanggungjawab kita kepadaNya dengan mengabdikan diri padaNya tetapi tidak lupa juga kita sebagai Khalifah di muka ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menegakkan agama Allah yang mulia ini. Tiada agama yang lebih tinggi darjatnya melainkan Islam. Kita juga perlu mengucapkan syukur kepadaNya kerana menganugerahkan kepada kita 2 nikmat paling besar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.

Untuk sesi kali ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian satu program bagi saya adalah menjadi tanggungjawab kita selaku muslim untuk mengajak manusia kembali kepada Allah dan tinggalkan perkara maksiat yang berlaku di sekeliling kita. Program ini di bawah DEWAN PEMUDA PAS PUSAT di bawah kepimpinan Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi bersama dengan GABUNGAN MAHASISWA SEMENANJUNG MALAYSIA (GAMIS) membantah konsert ADAM LAMBERT yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, 14/10/2010 selepas maghrib. Sebelum saya menceritakan lebih lanjut bagaimana program ini berjalan, saya ingin menceritakan sedikit siapakah ADAM LAMBERT dan mengapa program bantahan di bawah DPPP ini diadakan semasa program ini berlangsung. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, ADAM LAMBERT adalah salah seorang peserta AMERICAN IDOL, seorang artis barat yang mengamalkan homoseksual. Dia sendiri mengaku yang dia adalah seorang GAY dan pernah melakukan aksi GAYnya di pentas konsertmya di barat. Orang barat sendiri pernah membatalkan konsert ADAM LAMBERT ini kerana mengamalkan homoseksual dan cuba hendak menyebarkan budaya yang BODOH dan JIJIK ini. ADAM LAMBERT datang ke bumi MALAYSIA ini untuk membuat konsert serta menunjukkan aksi GAYnya di depan peminat-peminatnya dan cuba sebarkan budaya yang sangat JIJIK.

Oleh kerana itu, DPPP membuat langkah terakhir iaitu mengadakan bantahan pada hari yang sama konsert ADAM LAMBERT itu diadakan. Program di bawah DPPP ini berjalan selepas maghrib setelah kami semua menunaikan solat maghrib berjemaah dan solat hajat berjemaah. Solat hajat berjemaah diimamkan oleh Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Saya pada ketika itu memohon kekuatan pada Allah S.W.T kerana inilah kali pertama saya turun melakukan kerja dakwah ini yang mungkin barangkali menghadapi sebarang provokasi yang cuba merosakkan program ini.

Setelah menunaikan solat hajat, kami diberi taklimat oleh Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi pergerakan program dan wakil GAMIS juga ada memberi kata-kata semangat kepada kami untuk meneruskan kerja-kerja dakwah ini. Selepas itu, maka bergeraklah kami menuju ke stadium untuk mengedarkan risalah dan menunjukkan poster bantahan kami. Sedang kami menuju ke sana kami ditahan oleh FRU, bukan KRU ye..huhu. Mereka meminta supaya tidak mengadakan provokasi di tempat tersebut. Oleh demikian, YB Nasir kalau tak silap saya membuat pembahagian kumpulan iaitu 1 kumpulan yang pegang poster dan satu lagi yang mengedarkan risalah. Kumpulan yang mengedarkan risalah sahaja yang dibenarkan masuk dan yang lain tunggu di luar. Saya termasuk kumpulan yang mengedarkan risalah masuk ke kawasan luar stadium dan mengedarkan risalah. Adat dalam berdakwah ada manusia tidak mengendahkan apa yang kami cuba sampaikan. Ada pula yang sekadar ambil tetapi dibuangkan sahaja risalah yang kami edarkan. Yang syoknya pula ada sesi ambil gambar lak untuk kumpulan kami ini bersama DPPP.

Kemudian, selepas mengedarkan risalah yang tak habis tu, kami pergi ke kumpulan di luar dan mendengar ucapan-ucapan daripada DPPP. Yang saya ingat sekali daripada 2 orang daripada DPPP iaitu Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi dan YB Firdaus. Ustaz Nasaruddin mengatakan Islam tidak menghalang untuk berhibur akan tetapi Islam menghalang hiburan liar, hiburan yang melalaikan yang mana boleh merosakkan pemuda-pemuda harapan bangsa ini. Malah kata beliau, Adam Lambert merupakan artis GAY yang cuba membawa budaya homoseksual ke negara kita ini yang mana budaya ini ialah budaya yang berlawanan dengan adab ketimuran bahkan bukan itu sahaja melanggar fitrah manusia itu sendiri. YB Firdaus pula mengatakan kerajaan perlu berfikir kembali adakah kita perlukan konsert sedemikian rupa yang boleh merosakkan pemuda-pemuda kita malah isu-isu sosial seperti buang bayi, zina dan sebagainya tidak selesai lagi malah makin berleluasa pada mutakhir ini. Ini sahaja yang saya sempat dengar dari ucapan-ucapan dari pimpinan DPPP.

Kemudian wakil GAMIS mengumumkan bahawa mereka akan menghantar 5 wakil daripada GAMIS untuk menjadi pemerhati apa yang berlaku di dalam konsert tersebut dan meminta sahabat mahasiswa menunggu untuk mendapat makluman selanjutnya. Saya pun menunggu sambil berborak dengan Syahir, Hadi dan Taufiq. Puas menunggu dan akhirnya keluarlah 5 wakil GAMIS tersebut dan mereka memberi komen tentang situasi yang berlaku di dalam konsert tersebut. Secara rumusan daripada komen-komen mereka ialah konsert yang sedang berlaku tadi sangat dahsyat dan berlawanan dengan fitrah manusia. Adakah Malaysia ingin menjadi LAS VEGAS yang kedua?? Di manakah peranan JAKIM dlam hal ini?? Adakah ingin membiarkan pemuda-pemuda sekarang yang sepatutnnya bakal memimpin Negara rosak kerana perkara maksiat ini berlaku?? Banyak persoalan yang mereka timbulkan kerana apa yang mereka melihat sangat dahsyat. Salah seorang daripada mereka mengambil gambar-gambar suasana yang berlaku di dalam konsert tersebut dan akan mengambil langkah seterusnya.

Program bantahan ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Mereka akan salurkan kepada pihak yang bertanggungjawab tentang masalah-masalah ini dan ingin melihat tindakan segera daripada mereka. Kita tidak mahu rakyat kita terlibat dengan budaya songsang yang boleh merosakkan pemuda-pemuda kita. Bukan itu sahaja kita tidak mahu Islam dirogol-rogol begitu sahaja kerana membiarkan kegiatan maksiat ini berlaku. Kita tidak mahu perkara-perkara maksiat berlaku berleluasa tanpa sebarang bantahan atau halangan daripada orang Islam sendiri terutama kerajaan yang majoritinya Islam. Kita tidak mahu negara kita negara yang mengamalkan budaya songsang ini dan kita tidak mahu mahasiswa kita terlibat dalam gejala buruk ini. Kita mahukan mahasiswa yang berani mengatakan kebenaran, membantah perkara-perkara maksiat yang berlaku di sekeliling mereka. Kita mahukan mahasiswa yang memahami Islam sebagai cara hidup dan perkara inilah yang kerajaan perlu mengambil berat dan memikirkan cara-cara untuk rakyat memahami Islam adalah cara hidup yang sebenar.

Selepas mendengar komen-komen mereka, kami pun bersurai. Saya merasakan beruntungnya saya berada dalam program ini kerana ia menguatkan saya untuk berdakwah di dalam masyarakat. Oleh yang demikian, marilah sahabat-sahabat kita bersama-sama berganding bahu melaksanakan tanggungjawab kita untuk berdakwah, mengajak kembali kepada Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Moga-moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

Sekadar ini sahaja perkongsian saya bersama sahabat-sahabat sekalian. Moga-moga sahabat-sahabat mendapat menfaat darinya. Sekian..السلام عليكم

BIDA’H: MENURUT PANDANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya dapat lagi saya meneruskan penulisan ilmiah ini untuk dikongsi bersama dengan sahabat-sahabat. Moga-moga penulisan ilmiah ini dapat dikongsi dengan sahabat-sahabat yang lain. Pada beberapa hari yang lalu saya membicarakan tentang tafsiran surah al-hujurat bahagian pertama yang menyentuh secara umum perkara-perkara yang sangat berkait rapat dengan kehidupan kita. Penulisan kali ini tidak menyambung tafsiran surah tersebut akan tetapi membicarakan mengenai bida’h, isu yang menjadi satu perbualan yang hangat dalam kehidupan kita sebagai umat Islam. Tafsiran surah al-hujurat akan dibincangkan pada sesi akan dating, InsyaAllah.

Tujuan saya menulis tajuk Bida’h dalam blog ini adalah untuk memberikan penjelasan yang sebenar mengenai bida’h menurut pandangan ahli sunnah wal jamaah. Guru saya, Ustaz Muhadir b. Haji Joll telah membuat satu buku mengenai 6 perkara asas memahami khilafiah. Bida’h dijelaskan dalam buku ini dan buku ini sangat bermanfaat dibaca bersama kerana buku ini menjelaskan lebih detail mengenai bida’h dan kupasan hadis tentang bida’h. InsyaAllah saya akan menyampai apa yang telah guru saya sampaikan iaitu makna sebenar bid’ah menurut pandangan ulama’ ahli sunnah wal jamaah dan kupasan hadis tentang bida’h. Pada penulisan kali ini saya akan menyentuh sedikit tentang makna bid’ah, pembahagian bida’h dan ulama’-ulama’ yang bersepakat mengenai pembahagian bida’h tersebut.

Pertama kita akan membicarakan serba sedikit makna bida’h dari sudut bahasa dan istilah syara’ kerana sesuatu perkara itu hendaklah difahami makna sesuatu perkataan dari sudut bahasa dan istilah syara’. Saya petik di dalam kitab guru saya di mana di dalam kitab tersebut menyebut makna bida’h di dalam kamus Al-Muhith ialah الأمر الذي يكون أولا yang membawa maksud “sesuatu perkara yang menjadi pertama”. Kita lihat pula maksud bida’h di dalam kamus Mukhtar Ash-Shihhah ialah إختراعه لا على مثال yang membawa erti “mengadakan sesuatu tidk menurut contoh”. Di dalam kamus Al-Munjid mengatakan ما أحدث على غير مثال سابق yang membawa makna “apa-apa yang diciptakan tanpa ada contoh terdahulu”. Oleh itu, kita dapat simpulkan melalui takrifan ini bahawa bida’h membawa maksud dari sudut bahasa ialah “sesuatu perkara baru yang diciptakan atau diadakan dengan tidak ada contoh sebelumnya.” Ini dari sudut bahasa dan dari segi syara’ pula perlu dirujuk kepada pendapat ulama’. Imam Shafie mengatakan:

البدعة بدعتان: محمودة ومذمومة، فما وافق السنة فهو محمود، وما خالفها فهو مذموم.

yang membawa maksud: “bida’h itu 2 jenis: bida’h yang dipuji dan bida’h yang dikeji. Apa yang selari dengan Sunnah itu maka ia dipuji dan apa yang bertentangan dengannya maka ia dikeji.” Dalam riwayat lain, Imam Shafie ada mengatakan:

المحدثات (من الأمور) ضربان، ما أحدث يخالف كتابا أو سنة أو أثرا أو إجماعا، فهذه بدعة الضلال، وما أحدث من الخير لا يخالف شيئا من ذلك، فهي محدثة غير مذمومة.

Ertinya: “perkara-perkara baru yang diadakan itu 2 jenis: (Pertama), perkara baru yang bercanggah dengan Al-Quran atau Sunnah atau Athar sahabat atau Ijma’, maka ia Bida’h Dhalalah (sesat), dan (Kedua), perkara baru yang diadakan dari segala kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada empat perkara itu, maka ia adalah bida’h yang hukan keji.”

Dari sini dapat kita lihat bahawa Imam Shafie memberi definisi dari sudut syara’ bahawa bida’h ialah sesuatu perkara baru yang diadakan tidak melanggar syara’ adalah bida’h yang dipuji dan jika sebaliknya maka ia adalah bida’h yang dikeji. Melalui riwayat ini Imam Shafie membahagikan bida’h kepada 2 iaitu bida’h hasanah dan bida’h mahmudah. Hal ini menunjukkan secara tidak langsung terdapat pembahagian bida’h yang telah dilakukan oleh Imam Shafie dan disokong oleh para ulama’ yang lain seperti Imam Nawawi, Imam Abd al-Haqq ad-Dahlawi, Imam Al-Ghazali dan para ulama’ yang lain.

Para ulama’ bersepakat mengatakan bida’h mempunyai 2 bahagian iaitu terpuji dan tercela. Para ulama’ juga sepakat mengatakan hadith:

كل بدعة ضلالة

“setiap bida’h itu sesat” perlu dikhususkan akan tetapi Imam Shatibi tidak bersama dalam kesepakatan ini. Baginya semua bida’h adalah tercela dan menolak pembahagian bida’h. Walaupun sedemikian, beliau mengakui di dalam bida’h itu ada dituntut dalam bentuk wajib atau sunat tetapi belaiu tidak menamakan bida’h tetapi memasukkannya dalam bahagian “Maslahah al-Mursalah” (kepentingan umum). Hal ini menunjukkan perbezaan dari sudut menamakannya sahaja yang bermaksud beliau tidak namakan bida’h tetapi menamakannya Maslahah.

Kesimpulan yang boleh kita dapat dalam perbincangan ini ialah ulama’ bersepakat dalam mengatakan bida’h itu ada yang terpuji dan tercela malah di zaman Saiduna Umar al-Khattab sendiri orang pertama yang mengatakan sedemikian. Malah ulama’ telah memberi pendapat mereka bukanlah mengikut hawa nafsu mereka tetapi mereka rujuk kepada sumber perundangan kita iaitu Al-Furqan, Hadis, Ijma’ dan Qias. Oleh itu kita sebagai orang awam yang mempunyai ilmu yang sedikit tentang agama berbanding mereka hendaklah kita mengikuti kesepakatan ulama’ dalam hal ini. InsyaAllah pada sesi akan datang saya akan membawa kupasan hadis yang begitu popular tentang bida’h mengikut pandangan ulama’. Moga-moga kita akan dapat manfaat daripada perkongsian ilmiah kita ini, InsyaAllah.

TAFSIR SURAH AL-HUJURAT (PART 1)


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat lagi hamba yang lemah ini diberi kekuatan unuk menulis di blog yang tercinta ini. Moga-moga penulisan saya ini akan membuatkan para pembaca mendambakan cinta yang paling hakiki yang kekal abadi iaitu Rabbul A’lamin, Allah S.W.T. Mengapa saya mengatakan demikian?? Saya mengatakan demikian kerana saya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan sidang peminat blog sekalian berkenaan salah satu surah dalam Al-Quran iaitu surah Al-Hujurat. Apakah perkara-perkara yang Allah S.W.T telah sampaikan pada kite melalui Junjungan Besar kite Nabi Muhammad S.A.W 1400H yang lalu. Di sini kite akan rungkai bersama-sama tafsiran surah ini dengan berdasarkan tafsiran ulama’-ulama’, hadis-hadis supaya kite memahami dengan lebih mendalam surah ini. Moga-moga melalui wasilah ini kite akan menginginkan dan mendambakan cinta Ilahi yang tidak tolok bandingnya.

Untuk pengetahuan semua, tafsiran ini bukanlah saya menafsir sendiri mengikut hawa nafsu saya akan tetapi saya mendapat input ini daripada seorang Tok Guru yang tidak asing lagi dalam dunia gerakan islam di Malaysia. Saudara saudari boleh membeli buku Tafsir surah Hujurat untuk mengetahui lebih lanjut tafsiran surah ini. Huraian dalam buku ini sangat menarik kerana penulis buku tersebut mengaitkan sedikit tentang isu-isu yang berlaku dalam kehidupan pada hari ini.

Pada bahagian pertama ini saya ingin menceritakan secara gambaran tentang surah ini. Surah Al-Hujurat ini merupakan suatu manhaj pembentukan dan penyatuan umat. Juga ia merupakan suatu kaedah pendidikan yang diajar oleh Allah S.W.T kepada orang-orang beriman. Tarbiyah daripada Allah S.W.T melalui kitabNya Al-Quran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada orang-orang beriman ialah tentang adab seorang mu’min dengan Allah dan RasulNya. Hal ini membawa maksud apabila seseorang ingin mengeluarkan sesuatu hukum atau membuat sesuatu keputusan hendaklah dirujuk kepada kitab Allah yakni Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad S.A.W. Inilah merupakan adab orang mu’min kepada Allah dan RasulNya. Selepas turunnya surah ini tiada seorang mu’min pun yang berani mengeluarkan sesuatu keputusan ataupun menjatuhkan sebarang hukuman setelah mereka merujuk kepada 2 perkara asas umat Islam iaitu Al-Zikru dan Hadis An-Nabawi.

Sabda Rasulullah S.A.W :

روى الإمام أحمد، وأبو داود والترمذي وابن ماجة عن معاذ بن جبل رضى الله عنه – حيث قال له النبي صلى الله عليه وسلم – حين بعثه إلى اليمن : بم تحكم؟ قال : بكتاب الله، قال صلى الله عليه وسلم : فإن لم تجد؟ قال : بسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : فإن لم تجد؟ قال : أجتهد رأيى، فضرب في صدره وقال : الحمد الله الذي وفق رسول الله صلى الله عليه وسلم لما يرضى رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Maksudnya:

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah daripada Muaz bin Jabal ra, di mana Rasulullah S.A.W bersabda kepadanya sewaktu baginda menghantarnya ke Yaman; “Dengan apakah kamu akan membuat hukum?” Beliau menjawab: “Dengan Kitab Allah.” Baginda bersabda lagi: “Jika sekiranya kamu tidak mendapatinya dalam kitab Allah?” Beliau menjawab: “Aku akan menghukumkan dengan Sunnah Rasulullah S.A.W.” Baginda bersabda: “Jika sekiranya kamu tidak mendapati dalam Sunnah Rasulullah?” Muaz menjawab: “Aku akan berijtihad dengan pemikiranku (untuk memetik hukum-hukum daripada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W.) Maka Baginda pun menggosok-gosok dadanya serta bersabda: “Alhamdulillah! Allah telah member taufiq kepada perutusan Rasulullah S.A.W yang memuaskan hati Rasulullah S.A.W.” Hal ini menunjukkan bahawa ulama’-ulama’ berpendapat sumber hukum dan perundangan Islam ialah Al-Quran, Sunnah dan ijtihad (yang mengandungi ijma’, qias dan lain-lain lagi).

Selain itu, bukanlah sekadar adab dengan Allah dan RasulNya dalam perkara dasar dan hukum, ia juga merangkumi peraturan berbicara dengan Rasulullah S.A.W. Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T di dalam kitab suciNya ialah tidak mengangkat suara yang tinggi apabila berbicara di hadapan Rasulullah S.A.W. Ini merupakan satu adab yang diajar oleh Allah S.W.T kepada orang-orang yang beriman. Rasulullah S.A.W bukan setakat seorang rasul yang diutuskan bahkan baginda juga seorang ketua negara dan ketua jemaah muslimin. Hal ini menunjukkan satu peradaban dan peraturan berbicara antara ahli dengan para pemimpin. Allah S.W.T telah mengatakan bahawa orang yang tidak mengangkat suaranya di hadapan Rasulullah sebagai orang yang menguji imannya dan takwanya kepada Allah akan tetapi jika sebaliknya maka itu golongan yang kurang akalnya. Oleh sebab itu ada sarjana Islam mengatakan jika seseorang itu mahu menziarahi pemimpinnya hendaklah pada waktu yang sesuia supaya tidak mengganggu waktu rehat mereka untuk mereka menghadapi pelbagai cabaran yang bakal mereka tempuhi nanti.

Surah ini juga memberitahu kepada kite apabila datangnya sesuatu berite hendaklah diselidik dahulu sama ada berite benar atau khabar angin yang cube merosakkan keutuhan sesebuah jemaah islam itu. Banyak peristiwa buruk berlaku dalam jemaah islam disebabkan tidak menyelidik dahulu berite yang tersebar di kalangan mereka. Hal ini akan member satu impak yang sangat negatif kepada keutuhan sesebuah ahli jemaah. Elakkan daripada perkara-perkara ini berlaku dalam sesebuah jemaah islam.

Surah ini juga memberitahu kepada kite supaya mengajak bersatu padu kerana semua orang islam adalah bersaudara walaupun berlainan kulit, warna, keturunan dan sebagainya. Malah seandainya berlaku pertelingkahan hendaklah didamaikan kerana ia membawa kepada rahmat Allah S.W.T. Jika kuat ukhuwwah sesame umat islam, musuh islam tidak berani untuk menghancurkan Islam. Untuk mempertahankan kekuatan jemaah hendaklah seseorang itu tidak membuat tuduhan melulu, memburuk-burukkan orang lain, mempersendakan antara satu sama lain. Ingatlah sebenarnye kite semua adalah same dan yang membezakan antara kite hanyalah takwa. Maka itulah orang yang paling mulia di sisi Allah S.W.T.

Surah ini juga menganjur kite supaya tidak menonjolkan diri tetapi ia menganjurkan keikhlasan, kejujuran dan dan pengorbanan dalam meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Sifat menonjolkan diri ini bukanlah sifat yang baik untuk diamalkan dan ia juga bukan sifat yang ada pada manusia. Sifat ini merupakan sifat yang tidak elok untuk manusia praktikkan dalam kehidupan sebagai umat islam yang berjuang dalam jalan Allah yang mulia ini.

Setakat ini sahaja tafsir hujurat bahagian pertama, insyaallah kite akan bersambung pada sesi akan datang..Assalamualaikum..