Ramadhan Kareem..

Alhamdulillah..dah lame rasenye tidak menulis blog ni. Terlampau sibuk dengan taklifat yang diberikan untuk dijalankan di bumi CFS UIA NILAI ni. Moga-moga taklifat yang diberikan ini dapat memberi sedikit sumbangan kepada Islam. Moga-moga dakwah Islamiah subur di bumi nilai ni.
Ramadhan dah datang kembali. Kini sudah masuk fasa ketiga iaitu malam pembebasan daripada api neraka Allah S.W.T. Adakah sahabat-sahabat fikir begitu beruntungnya umat Nabi Muhammad S.A.W. mendapat kenikmatan beribadah dalam bulan yang cukup mulai ini? Malah disediakan pulak ganjaran pembebasan daripada api neraka yang begitu dahsyat sekali seksaaannya. Akan tetapi masih lagi yang tidak mahu bersyukur dengan nikmat yang diberikan oelh Yang Maha Kuasa ini.
Bile disebutkan ramadhan sahaja, hanya ingat bazar ramadhan, nak makan banyak sebab nak ganti waktu siang xdpt makan dan sebagainya. Malah ramadhan baru sahaja datang dipasang dengan lagu-lagu raya seolah-olah menghalau bulan yang mulia ini. Oleh yang demikian, post yang agak ringkas ini ingin mengajak sahabat-sahabat untuk bersama-sama meningkatkan ibadah kite pada fasa yang terakhir ini.
Ajak sahabat-sahabat lain untuk proses mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Realisasikan ayat Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman, difardhukan ke atas kamu berpuasa sepertimana difardhukan ke atas orang-orang terdahulu sebelum kamu. Moga-moga kamu menjadi orang yang bertaqwa."
Jadi pe lagi! Jom sahut ayat-ayat Allah ini untuk kite praktikkan dalam kehidupan kite. Moga kite menjadi orang bertaqwa..
Salam Ramadhan dari PENDAMBA CINTA ILAHI...