Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Alhamdulillah..Marilah kite sama-sama merafa'kan setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat lagi kite hidup di muka bumi ini. Selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabatnyayang berjuang bersama baginda menegakkan Islam di bumi ini.

Sebagaimana kite tahu bahawa Jumaat lepas bersamaan 26/2/2010 adalah Maulidur Rasul. Setiap tahun kite menyambut kelahiran junjungan mulia kite iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Tujuan diadakan sambutan ini untuk kite memperingati jasa dan tadhiyyah Nabi Muhammad S.A.W yang berjuang menegakkan kalimah Allah yang agung ini ketika masyarakat arab masih berpegang teguh dengan pegangan nenek moyang mereka itu. Akan tetapi masih ramai lagi pemuda kite yang leka dan alpa dengan kehidupan yang bersifat sementara ini sehingga lupa akan kelahiran Nabi S.A.W.

Oleh itu, sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W kite perlu tahu apakah peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika baginda dilahirkan. Salah satu peristiwa yang berlaku ialah sinaran putih yang menyinari seluruh tanah arab. Hal ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W akan membawa cahaya kepada seluruh alam ini. Selain pada itu, terpadamnya api majusi yang selama ini xpernah terpadam selama beribu-ribu tahun lamanya. Bile lahirnya seorang bayi yg diberi name Muhammad, menunjukkan datangnya agama yang lebih mulia dan benar yang akan dinawa oleh Nabi S.A.W.

Inilah sedikit sebanyak yang dapat dikongsi peristiwa yg berlaku ketika Nabi dilahirkan. Kesemua peristiwa tersebut mempunyai petanda bahawa Nabi akan menyampaikan risalah kepada seluruh pelusuk dunia ini. Jadi kite sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W hendaklah menyambung kembali risalah dakwah ini moga-moga Islam dapat ditegakkan semula di bumi ini. Sekadar ini sahaja pengisian yang dapat disampaikn...moga anda semua dapat manfaat dari hasil perkongsian ini..
Sekian Assalamualaikum......:)